Frequently Asked Questions (FAQ)

1. Produk NK Age-Reverse ini sesuai untuk kulit jenis apa?

NK Age-Reverse sesuai dengan semua jenis kulit samada kulit kering, berminyak atau kombinasi. Ia akan mengimbangkan kelembapan kulit yang optimum dan merawat kesan buruk kulit kering.

2. Apakah keistimewaan NK Age-Reverse?

NK Age-Reverse merupakan produk NK terkini yang dihasilkan oleh kumpulan penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Siti Hamidah di UTM. Dr.Siti memang dikenali sebagai founder Naturel Kiss (NK) iaitu produk yang berasaskan bahan natural, selamat dan menggunakan teknologi moden.

Age-Reverse merupakan satu siri produk yang menggunakan formulasi BeuT-Complex, iaitu menggunakan bahan-bahan anti penuaan yang terbaik seperti Hyaluronic Acid, Bee Venom, ekstrak Tsubaki, ekstrak Roselle dan essential oil yang bagus untuk kulit.

Produk Age-Reverse telah melalui kajian yang terperinci termasuk melibatkan lebih 100 responden, pensijilan Lab Tested daripada Bioeconomy Corporation, pelbagai testing SIRIM, Notifikasi dari KKM, dan pelbagai testing ‘Proof of Concept’ bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan produk.

3. Apakah kelainan antara produk NK Age-Reverse dengan skincare di luar sana?

NK Age-Reversse dihasilkan daripada kajian yang terperinci oleh team penyilidikan kami di UTM. Kami memilih bahan-bahan yang terukti berkesan hasil dari kajian kami sendiri dan kajian pakar-pakar seluruh dunia.

Formulaasi yang dihasilkan adalah eksklusif dan original, tidak daripada mana-mana pihak yang lain. Antara ciri penting NK Age-Reverse adalah ia berkesan, selamat dan setanding dengan kualiti produk berjenama popular antarabangsa.

4. Bolehkah tompok-tompok di wajah dihilangkan dengan menggunakan produk NK Age-Reverse?

Produk NK Age-Reverse diperkaya dengan bahan antiaging yang boleh membantu mempercepatkan penghasilan sel baru yang sihat untuk menggantikan sel lama yang telah rosak termasuk masalah jeragat dan tompok hitam.

Namun, ada juga masalah tompok hitam disebabkan hyperpigmentation iaitu kondisi kerosakan kulit yang ekstrim yang menyebabkan perubahan warna kulit di beberapa bahagian. Antara masalah tompok hitam yang ekstrim adalah melasma yang merupakan kerosakan kulit yang kekal dan amat sukar dihilangkan samada menggunakan skin care atau rawatan laser. Namun, penggunaan produk NK Age-Reverse secara intensif boleh mengurangkan warna tompok hitam tersebut

5. Saya menggunakan produk XXX. Bolehkah saya memakai selang-seli dengan penggunaan NK Age-Reverse?

Boleh, cuma tak dapat jangka optimum result guna NK Age-Reverse jika campur dengan produk dari jenama lain. Untuk memastikan hasil yang optimum, dicadangkan menggunakan produk  NK Age-Reverse secara intensif kerana setiap produk akan menambahkan keberkesanan kepada kulit.

6. Kulit saya rosak kerana beberapa kali menggunakan produk bertoksik sebelum ini dan kerap menukar produk. Bolehkah NK Age-Reverse merawat kulti saya supaya cantik semula?

Apabila kulit telah lama terdedah dengan bahan bertoksik, maka kulit telah menjadi rosak. Pori juga banyak tersumbat. Ini menyebabkan masa yang agak panjang untuk memulihkan kembali keadaan kulit.

Produk yang berasaskam bahan semulajadi memang memerlukan masa yang agak lama tetapi ia selamat dan hasilnya juga amat memusakan kerana kulit telah dirawat. Lapisan kulit baru akan tumbung setiap 4 minggu, jadi perlu bersabar dan bantu kulit baru tumbuh dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi dan berkesan.

7. Apakah ada potensi untuk mengalami alergik apabila menggunakan produk NK Age-Reverse?

Tanda mengalami alergik adalah ia berlaku sepanjang 24 jam selepas menggunakan sesuatu produk. Kesan alergik adalah kulit menjadi kemerahan dan agak bengkak, tetapi bukan jerawat.

Terdapat juga orang yang alergik kepada bahan semulajadi tetapi ia amat jarang, dalam kurang daripada 1%.

8. Bagaimana aturan yang betul menggunakan produk NK Age-Reverse?

Aturan memakai produk NK Age-Reverse adalah seperti berikut:

  1. Cuci guna NK Age-Reverse Cleanser
  2. Sembur Energy Water Mist, tunggu sehingga kering
  3. Pakai NK Age-Reverse Sunscreen (Satu pump sahaja) dan ratakan ke seluruh muka
  4. Pakai bedak Two-Way Cake

Tips: Tunggun sunscreen menyerap di kulit muka dahulu baru pakai TWC, untuk elak bedak tidak sekata

9. Adakah NK Age-Reverse mempunyai sijil Halal?

Kami dalam proses memohon sijil Halal. Prinsip kami adalah memastikan semua bahan yang digunakan adalah halal dan tidak menggunakan unsur binatang dan bahan tak halal.

10. Bolehkah lelaki menggunakan produk NK Age-Reverse?

Ya lelaki pun boleh menggunakan NK Age-Reverse. Ia sesuai dengan semua orang

11. Apa beza kriteria utk approval yg ni : KKM, SIRIM, LABTESTED. Adakah LabTested ni hiraki tertinggi pensijilan? Apa beza yg plg ketara Lab Tested dgn KKM/SIRIM?

Pensijilan Lab Tested adalah dilakukan oleh Bioeconomy Corporation untuk kajian terperinci dan
tepat mengenai keselamatan produk yang dihasilkan. NK adalah produk pertama yang menerima
pensijilan Lab Tested menunjukkan bahawa produk NK telah mendapat pengiktirafan yang tinggi
oleh agensi Bioeconomy. Untuk pensijilan Lab Tested, hanya produk berasaskan teknologi dan
R&D sahaja yang akan diterima untuk testing tersebut. Manakala Not No. daripada KKM adalah
wajib dipohon oleh semua pengeluar produk. KKM tidak membuat testing dan hanya
mengeluarkan Not No. berdasarkan senarai bahan yang diberi oleh pengeluar. Pensiijilan SIRIM
adalah spesifik untuk mengetahu keberkesanan/keselamatan produk dan perlu menghantar
sampel kepada pihak SIRIM.

12. Adakah sudah ada Not.No/ sijil daripada KKM/SIRIM masih bermaksud produk itu tidak selamat?

KKM hanya akan meluluskan produk yang menggunakan bahan-bahan yang selamat sahaja. Syarikat pengeluar akan memberi senarai bahan kepada pihak KKM untuk permohonan Not No. Pengeluar produk perlu bersifat jujur untuk menyenaraikan bahan-bahan yang mereka gunakan.

Manakala sijil SIRIM merupakan inisiatif pengeluar produk untuk membuat testing lebih lanjut mengenai keberkesanan/keselamatan produk mereka. Sijil SIRIM adalah spesifik dan pengeluar perlu memberi sample produk.

13. Adakah jika ada Lab Tested, sudah pasti selamat untuk semua jenis kulit?

Ya, kecuali kes terpencil sekiranya seseorang itu mempunyai masalah alergik atas bahan yang digunakan.

14. Adakah NK Age-Reverse satu satunya jenama skincare yang ada sijil Lab Tested?

NK Age-Reverse adalah jenama pertama produk penjagaan kulit yang menerima pensijilan Lab Tested.

15. Mengapa kulit saya terasa kering selepas menggunakan NK Age-Reverse?

NK Age-Reverse tidak akan mengeringkan kulit, malah ia akan membantu merawat masalah kulit kering. Pengguna akan alami rasa kulit tegang selepas menggunakan produk NK Age-Reverse kerana ia tindak balas bahan anti penuaan yang digunakan, terutamanya Bee Venom dan Asid Hyaluronik. Jangan risau sekiranya terasa kulit tegang kerana ia menandakan produk ini berkesan. Teruskan menggunakan NK Age-Reverse dengan intensif dan konsisten.

16. Apa bau yang digunakan dalam produk NK Age-Reverse?

NK Age-Reverse menggunakan 100% bauan semulajadi daripada essential oils terutamanya Geranium dan Rosewood, untuk menghasilkan bau bunga dan woody base scent. Ia adalah gabungan yang sangat unik yang dibuat oleh team R&D NK. Untuk memastikan tiada bahan sintetik dan wangian bertoksik di dalam produk. Ia mengandungi antioxidants untuk kulit juga.

17. Saya sudah menggunakan produk NK Age-Reverse selama seminggu, mengapa masih belum mendapat hasil yang diharapkan?

Proses kitaran kulit melibatkan penghasilan sel kulit baru di bahagian paling bawah epidermis, yang kemudiannya akan naik dan menggantikan kulit yang lama dan mati. Kitaran ini akan berlaku secara puratanya 4-6 minggu, bergantung dengan umur, dan cara hidup seseorang.

Remaja belasan tahun akan alami kitaran kulit antara 2-4 minggu. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, seseorang perlulah menggunakan produk NK dengan intensif dan dijangka dapat melihat hasil selepas 4 minggu. Pakar kulit menyatakan pengguna perlu menunggu 3 kali kitaran kulit untuk melihat hasil (dalam 3 bulan), namun melalui kajian dan review yang team penyelidikan NK buat, hampir 100% responded mendapat hasil yang ketara selepas 2 minggu

18. Betul ke orang kulit sensitif ni tak boleh guna ingredient yg ada fragrance/perfume dlm skincare?Produk NK ada bau wangi adakah itu fragrance?Saya nk cuba tapi risau tak serasi sebb saya kulit kering n sensitif.

Bagi mempunyai kulit sensitif, perlu diketahui apa yang menyebabkan reaksi alergi tersebut kerana tidak semua alergi disebabkan oleh fragrance, dan tidak semua kulit sensitif tidak boleh menggunakan produk yang mengandungi fragrance. Prodk NK menggunakan minyak pati sebagai bau. Perlu diketahui bahawa fragrance adalah kandungan sintetik yang mengandungi bahan aroma, manakala minyak pati adalah bahan bauan semulajadi. Dalam sesetengah kes, orang yang alergi terhadap fragrance juga menpunyai alergi terhadap minyak pati. Jadi perlu memastikan kulit sensitif alergi terhadap bahan apa. Bagi kulit kering dan sensitif, biasanya penyebab sensitif tersebut adalah kekeringan, iaitu apabila kulit kering, bacteria akan mudah untuk tumbuh di permukaan keratin. Jadi perlu pastikan dapat kelembapan yang cukup dengan menggunakan Energy Mist dan minum air secukupnya.

Jeragat / Jerawat / Kulit Sensitif

19. Bagaimana untuk mengetahui jeragat kita adalah jeragat disebabkan oleh hormon?

Jeragat disebabkan hormon adalah salah satu daripada hyperpigmenatation. Biasanya adalah melasma. Ia tumbuh sedikit sahaja, mungkin satu sahaja tetapi bersaiz besar.

20. Adakah kaedah laser/teknik pico-pulse selamat digunakan untuk menghilangkan jeragat?

Keberkesanan kaedah laser adalah bergantung kepada jenis, warna dan kedalaman jeragat. Keadaan kulit juga merupakan faktor penting. Maka amat sukar untuk menyatakan dengan jelas kerana ada orang memerlukan sehingga 6 sesi laser baru berhasil. Dan setiap sesi dikenakan dengan bayaran yang mahal.

Ya ia selamat jika dibuat oleh pakar bertauliah, tetapi keberkesanannya bergantung kepada banyak faktor. Walaupun terdapat banyak mesin pico-pulse/laser di pasaran dengan spesifikasi yang berbeza mungkin tidak memberikan hasil yang diigini. Sesetengah mungkin mendapatkan bantuan daripada salun kecantikan (harga lebih murah), tetapi ramai pakar kecantikan mungkin tidak mengetahui spesifikasi mesin dan operasi sebenar, dan penjagaan kulit selepas laser.

Jadi ini adalah isu dalam rawatan laser. Isu lain ialah hiperpigmentasi pada kulit Asia tidak semua boleh dirawat dengan laser. Dengan membaca beberapa artikel pakar dermatologi, hiperpigmentasi seperti melasma mungkin bertambah teruk jika dirawat menggunakan laser. Kulit yang gelap akan mengembang selepas menyerap tenaga laser. Oleh itu, kita harus berhati-hati membuat pilihan dan keputusan sebelum diagnosis.

21. Bolehkah jeragat disebabkan faktor keturunan (genetik) dihilangkan?

Memang faktor genetik boleh menyebabkan jeragat. Sekiranya ibu/keluarga kita memang banyak jeragat, kita perlu lebih berhati-hati dari awal. Cara terbaik adalah memakai sunscreen dan elak produk bertoksik dan berkualiti rendah. Mencegah lebih baik dari mengubati. Sekiranya kulit telah pun ditumbuhi jeragat, gunalah produk yang selamat dan berkesan. Walaupun ambil masa lama sikit. Fokus untuk merawat keseluruhan kulit wajah agar lebih berseri. Bonus seriranya jeragat dapat dihilangkan sepenuhnya. InshaAllah ia boleh dikurangkan.

22. Saya ada masalah jerawat di jawline dlm setengah tahun yang meninggalkan kesan parut. Boleh ke NK Skincare bantu saya. Mungkin perubahan hormon.

InshaAllah boleh. Tapi perlu bersabar kerana NK Age-Reverse tidak menggunakan bahan pemutih atau yang boleh menghakis dan menipiskan kulit. Namun, hasil yang akan diperolehi adalah amat berbaloi. Untuk kesan dan rawatan lebih cepat, boleh guna Cleanser, Energy Mist, Sunscreen dan bedak Two-Way Cake.

23. Bagaimanakah saya boleh menghilangkan melasma di wajah?

Melasma amat sukar untuk dihilangkan kerana ia adalah hyperpigmentation yang biasanya disebabkan oleh hormon. InsyaAllah ia boleh kurangkan warna melasma tetapi bergantung dengan tahap serius masalah melasma. NK Age-Reverse boleh menghalang melasma atau jeragat baru daripada tumbuh. Tetapi yang sedia ada memang sukar sikit  jika dengan menggunakan produk penjagaan kulit sahaja.

24. Ada contoh tak bahan kimia synthetic yang bahaya utk kulit /tak sesuai utk kulit sensitif?

Terdapat banyak bahan merbahaya yang sering digunakan dalam produk skin care, antaranya hydroquinon, mercury, triclosan, oxybenzone, phthalates, paraben, formaldehyde, sodium laureth sulfate (SLS), imidazolidinyl urea. Terdapat juga bahan sintetik biasa yang akan memberi kesan buruk kepada kulit terutamanya jika kulit seseorang itu bersifat sensitif, dan sekiranya bahan kimia tersebut berkualiti rendah.

25. Betul ke kalau kita pakai sesuatu produk jerawat naik banyak maksudnya healing proses berlaku?

Sekiranya sebelum ini banyak menggunakan produk penjagaan kulit / kosmetik yang terkontaminasi dengan bahan kimia merkuri / toksik / codemogenik (penyumbatan pori), ada kemungkinan akan menyebabkan kerosakan kulit semasa menukar produk.
Kerana toksik menghalang pembaharuan kulit, tetapi produk penjagaan kulit yang baik dapat memperbaharui sel-sel kulit dengan cara detoksifikasi. Walau bagaimanapun, terdapat banyak jenis jerawat dengan ekspresi yang berbeza. Permasalahan ini tidak dapat disimpulkan dalam satu ayat yang nyata.

NK AGE-REVERSE CLEANSER

26. Apa yang menyebabkan sesuatu cleanser itu berbuih?

Biasanya cleanser yang berbuih kerana ia menggunakan bahan berunsurkan sulfat, yang paling popular adalah SLS. SLS memang berkesan menghilangkan kotoran, tetapi dalam masa yang sama, ia juga boleh menghilangkan kelembapan semulajadi yang diperlukan kulit muka kita sehingga boleh menyebabkan kulit kering.

Apabila kulit kering, lagi mudah mendapat iritasi atau gatal-gatal seperti allergic reaction. Banyak kesan tidak baik daripada SLS. Paling teruk ia boleh merosakkan mata jika termasuk pada mata. SLS juga boleh menyebabkan pori tersumbat dan jerawat menjadi semakin teruk.

27. Mengapa NK Age-Reverse Cleanser tidak berbuih?

NK Age-Reverse Cleanser menggunakan Sodium Methyl Cocoyl Taurate (SMCT) iaitu natural surfactant yang dihasilkan daripada kelapa. Ia adalah surfactant paling lembut, mewah dan berkesan. Surfaktan yang lembut (mild) memang kurang buih dan kurang iritasi pada kulit.

28. Mengapa NK Age-Reverse Cleanser tidak menggunakan botol spray?

Setelah kami membuat review mengenai penggunaan botol spray untuk cleanser, kini dengan setiap pembelian clenaser akan mendapat percuma penutup kepala spray.

29. Adakah perlu memakai Age Reverse Cleanser sebelum memakai Energy Mist? Perlukah membasuh muka dahulu sebelum spray Energy Mist?

Selepas menggunakan Age Reverse cleanser, boleh terus menggunakan Energy Mist. Sebelum spray Energy Mist idak perlu basuh muka dengan air. Tetapi jika mempunyai kulit yang sensitif (eg. kulit terasa gatal atau kemerahan selepas menggunakan cleanser), dinasihatkan untuk membasuh wajah selepas menggunakan cleanser, baru spray menggunakan Energy Mist.

30. Saya bimbang jika hanya menggunakan cleanser jeragat tak hilang. Ada tak krim siang & malam yang sesuai yang boleh hilangkan jeragat dia. Untuk maklumat, saya sudah guna Age Reverse cleanser selama dua minggu dan merasakan kulit bersih dan cantik.

Jeragat memang ambil masa untuk kurangkan, apatah lagi untuk hilangkan. NK tiada krim malam dan siang, kerana Age Reverse Cleanser dan produk yang lain sesuai digunakan malam dan siang. Buat masa ini kami hanya ada Age Reverse Cleanser, dan boleh pakai dengan Energy Mist dan bedak Two Way Cake.

Untuk lebih cepat mendapat kesan, boleh pakai AR Cleanser dan Mist dengan lebih kerap (setiap kali mengambil wuduk).

31. Saya gemar bermekap. Bolehkah Age Reverse cleanser mencuci kesan mekap dengan berkesan?

Ya boleh. Formulasi nano dalam Age Reverse amat berkesan untuk mencuci mekap yang tebal. Boleh cuci muka dua kali. Kali pertama terus sapu ke wajah yang bermekap, urut wajah dan bilas. Kemudian sapukan sekali lagi AR Cleanser dan biar lama sikit baru dibilas.

32. Selepas menggunakan Age Reverse cleanser tiga hari, kulit saya berjerawat. Kenapa boleh jadi begini?

Jerawat adalah disebabkan oleh beberapa faktor :

  1. Perubahan hormon terutamanya sebelum period
  2. Kotoran yang terkumpul dalam proi yang menyebabkan keradangan sehingga timbulkan jerawat.

Sekiranya sebelum ini kita pernah memakai produk yang boleh menyebabkan pori tersumbat. Maka, NK Age-Reverse Cleanser akan bertugas sebagai membersihkan dan merawat masalah tersebut. Bahan aktif dalam NK Age-Reverse Cleanser akan mempercepatkan metabolis sel kulit, inflammation (keradangan) akan keluar dengan lebih cepat dan seterusnya kulit akan semakin baik dan sembuh. Teruskan menggunakan NK Age-Reverse Cleaner, Energy Mist, NK Age-Reverse Sunscreen dan Tw0-Way Cake.

33. NK Age-Reverse Cleanser ni boleh juga digunakan untuk bersihkan make up atau tidak?

Ya betul. Jika sekadar pakai bedak, foundation nipis, dan mekap biasa, cuci wajah macam biasa saja dengan NK Age-Reverse Cleanser. Tapi jika pakai agak tebal, macam ketika saya mekap nak masuk TV,  perlu basuh dua kali menggunakan NK Age-Reverse Cleanser. Tak perlu guna Double cleansing atau minyak.

34. Adakah NK Age-Reverse Cleanser ini selamat untuk bibir? Bibir saya menggelupas teruk selepas menggunakan Cleanser ini untuk menghilangkan lipstik.

NK Age-Reverse selamat digunakan di seluruh wajah termasuk bibir dan sekitar mata. Ia diperbuat daripada bahan-bahan yang bersifat lembut kepada kulit, dan surfaktan yang digunakan juga adalah natural dan mild, tetapi berkesan membersihkan kotoran dan mekap.

35. Bolehkan saya menggunakan sunscreen dan moisturiser jenama lain setelah memakai NK Age-Reverse Cleanser?

Pengguna digalakkan memakai NK Age-Reverse Moisturizer dan NK Age-Reverse Sunscreen kerana dengan cara ini, kita dapat memastikan kesan yang optimum NK Age-Reverse kepada kulit.

Bahan bahan yang digunakan dalam formulasi NK Age-Reverse adalah telah dijamin berkualiti tinggi, efektif dan selamat.

36. Saya rasa jeragat semakin banyak keluar selepas memakai Age Reverse Cleanser selama dua minggu.

Ada dua perkara yang berkemungkinan berlaku:

  1. Kulit menjadi semakin cerah dan bersih, maka jeragat semakin nampak dengan jelas.
  2. Jeragat yang masih di bawah lapisan kulit telah keluar ke lapisan atas.

Pemakaian NK Age-Reverse secara konsisten akan membantu penghasilan sel baru kulit lebih singkat kitaranya dan lebih sihat. Sel baru akan menggantikan sel lama tetapi sekiranya jeragat banyak, ia memerlukan masa yang lebih lama untuk dihilangkan.

Setiap kitaran kulit baru mengambil masa 4-6 minggu bagi orang dewasa. Jika menggunakan NK Age-Reverse yang mengandungi bahan anti aging, kitaran ini boleh dipercepatkan, maka jeragat yang berada di bawah kulit naik ke atas, menyebabkan jeragat nampak banyak dan jelas. Teruskan pakai dengan konsisten dan sabar menunggu jeragat hilang secara semulajadi. Elakkan menggunakan produk pemutih atau beracun yang memang boleh menghilangkan jeragat dengan cepat tetapi lebih merosakkan kulit.

ENERGY WATER MIST

37. Apakah keistimewaan Energy Water Mist?

Energy Water Mist bertindak sebagai pelembab dan penyegar yang akan merawat dan mencantikkan kulit wajah. Ia akan menyerlahkan lagi keberkesanan NK Age -Reverse Cleanser. Ia adalah diperbuat daripada bahan semulajadi terutamanya Bee Venom, Essential Oil dan Hyluronic Acid .

38. Kenapa selepas memakai Energy Water Mist (pelembab) kulit saya terasa pedih?

Sekiranya pertama kali guna, mungkin ada rasa pedih sedikit jika kita mempunyai kulit yang sensitif. Memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan kulit kepada bahan-bahan yang digunakan. Jangan bimbang kerana ia adalah amat selamat dan untuk elak pedih, boleh spray sedikit sahaja sehingga kulit sudah terbiasa.

39. Bawah mata saya terasa kering setelah memakai Energy Water Mist.

Energy Water Mist boleh digunakan di seluruh wajah termasuk sekitar mata untuk menghilangkan garis halus dan lingkaran gelap bawah mata. Namun jika ada orang yang berkulit sangat sensitif, akan merasa kering/pedih apabila menggunakan Energy Water Mist sekitar mata. Boleh elakkan dan cuba serasikan dari semasa ke semasa

40. Adakah NK Age-Reverse bercadang untuk menghasilkan krim untuk sekitar mata?

Tiada perancangan buat masa ini kerana NK Age-Reverse Cleanser dan Energy Water Mist juga boleh digunakan sekitar mata bagi menghilangkan garis halus dan lingkaran hitam.

41. Bilakah waktu yang paling sesuai untuk memakai Energy Water Mist?

Mist adalah merangkumi toner+moisturiser+primer+ makeup setter. Boleh digunakan bila masa yang sesuai:

  1. Selepas cuci wajah (ketika kulit dah kering)
  2. Bila bila masa rasa kulit kering
  3. Sebelum dan selepas makeup

42. Selepas spray moisturiser, kulit saya terasa panas. Saya tiada alergik, dan rasa panas itu akan hilang dalam beberapa ketika. Adakah kulit saya sensitif?

Ada dua sebab untuk keadaan ini:

  1. Bahan yang digunakan dalam NK Age-Reverse dan Moisturizer (MIst) bertindak terhadap kulit. Ia menyebabkan sedikit rasa panas/sejuk (bergantung kepada setiap orang yang akan mengalami rasa berbeza) untuk beberapa minit.
  2. Jika seseorang pernah menggunakan produk pemutih, ia boleh menyebabkan kulit menjadi sensitif apabila bertukar menggunakan produk baru. Rasa tersebut akan hilang dan ia tidak membahayakan.

Teruskan memakai NK Age-Reverse Cleanser dan Energy Water Mist, lama kelamaan kulit akan serasi dengan bahan-bahan natural yang digunakan.

NK AGE-REVERSE SUNSCREEN

43. Adakah pendedahan kepada blue-light daripada skrin komputer dan handphone boleh menjadi punca jeragat? Jika ya, bagaimana untuk mengelak masalah ini.

Kajian pakar menunjukkan blue light boleh menyebabkan kerosakan sel, termasuk penghasilan jeragat dan kedutan kulit, dan kemusnahan nutrien sel. Malahan ia lebih memberi kesan buruk berbanding UV biasa.

Cara terbaik untuk mengelak daripada masalah ini adalah dengan menggunakan sunscreen fizikal (mineral) yang mengandungi Zinc Oxide, yang mempunyai SPF dalam linkungan 30. SPF yang sangat tinggi (50 ke atas) perlu dielakkan kerana ia boleh lebih merosakkan kulit.

44. Bagaimanakah cara menggunakan UV Sunscreen dengan betul?

Letakkan sedikit sahaja sunscreen di dahi, kedua-dua pipi, hidung dan dagu. Kemudian sapu rata ke seluruh wajah. Ellakkan memakai tebal kerana ia bukan foundation.

45. Bolehkan saya memakai foundation selepas sunscreen?

Warna yang kita nampak di sunscreen adalah warna natural (bukan foundation) yang tidak berwarna bila dipakai di kulit. Yang terbaik adalah pakai bedak two way cake Naturel Kiss yang memang telah berfoundation.

46. Kenapa saya rasa kulit semakin gelaps selepas menggunakan NK Age-Reverse Sunscreen?

NK Age-Reverse Sunscreen tidak menggelapkan kulit. Malahan ramai pelanggan mengatakan ia mencerahkan kulit. Mungkin terasa gelap kerana ia baru nak adapt kepada kulit.

Boleh apply sunscreen dengan rata dan tidak terlalu tebal. Ini kerana jika kita menggunakan sunscreen dengan kuantiti yang banyak, ia boleh menyebabkan lebihan minyak. Minyak boleh oxidise permukaan kulit kita dan akan membuatkan wajah nampak lebih gelap.

47. Perlukah saya memakai UV protection yang tinggi SPF?

Ramai orang beranggapan bahawa semakin tinggi SPF adalah semakin bagus. Sedangkan semakin tinggi SPF boleh menyebabkan kulit terdedah pada cahaya UV dan boleh merosakkan kulit. SPF yang baik adalah antara 30-35 dan bersifat Broad Spectrum iaitu turut mempunyai PA++. Sunscreen NK bersifat broad spectrum (SPF 35, PA++).

48. Adakah sunscreen NK juga menggunakan teknologi micellar?

NK Age-Reverse Sunscreen bukan menggunakan teknologi nano micelle (micellar) tetapi sunscreen NK menggunakan bahan yang berkualiti tinggi dan premium seperti minyak ekstrak biji lobak (carrot seed oil) yang merupakan penghalang sinaran UV yang semulajadi. Sunscreen NK menggunakan bahan-bahan yang selamat, bersifat broadspectrum, berbau wangi semulajadi dari essential oil dan tidak merengsa atau memedihkan kulit.

NK AGE-REVERSE SERUM

49. Saya pernah terbaca satu artikel di mana retinol tidak bagus untuk ibu yang menyusu serta wanita hamil. Adakah NK Age-Reverse Serum selamat digunakan bagi mereka yang menyusu dan hamil?

Boleh dan selamat digunakan kerana serum ini tidak masuk sampai ke sel darah. Kajian menunjukan bahawa toleransi vitamin A untuk wanita hamil setiap hari adalah sehingga 10,000UI.

NK Age-Reverse Serum menggunakan Vitamin A 2500UI/g. Dikatakan satu hari kita menggunakan kira-kira 0.3g serum, ia bersamaan dengan 750UI/g VA. Dan kadar penyerapan maksimum produk topikal 20%, hanya 150UI VA yang diserap ke dalam badan dan akan dimetabolismekan oleh sel dermis dalam masa sehari. Untuk makluman peratusan retinol di dalam serum adalah hanya 0.1% sahaja dan ianya tidak cukup untuk membahayakan janin.

50. Mengapa setiap kali saya gunakan NK Age-Reverse Serum, kulit saya muka jadi pedih dan rasa tidak selesa?

Bagi sesiapa yang mempunyai kulit yang sensitif dan kulit kering, ini adalah perkara biasa yang dialami apabila menggunakan serum retinol ini. Mereka akan dapati kulit menjadi kemerahan sedikit, mengelupas dan merasa rengsa.

NK Age-Reverse Serum ini menggunakan retinol yang sangat mild dan menggunakan herba Cynanchum Atratum  bagi mengurangkan rasa yang tidak selesa. Cara yang paling berkesan adalah, pengguna perlu prep  muka terlebih dahulu dengan Energy Water Mist sebelum menggunakan serum ini.

Biarkan Energy Water Mist kering dahulu, kemudian sapukan serum ini diseluruh wajah. Jika kulit merasa pedih dan kemerah-merahan, pengguna boleh berselang-seli atau pakai secara nipis dalam pemakaian serum ini mengikut keselsaan sehingga kulit muka pulih kembali.

51. Anak saya boleh pakai serum ini? Seawal umur berapa boleh guna serum ini?

Seawal 11 tahun sudah boleh menggunakan produk-produk NK Age-Reverse kerana produk ini adalah berasaskan bahan natural dan selamat digunakan.

52. Berapa lama serum ini tahan digunakan?

Jika digunakan serum ini secara konsisten, NK Age-Reverse serum ini boleh bertahan sehingga 3 hingga 4 bulan.

53. Boleh pakai serum ini dibawah mata? Terdapat garis halus diabawah mata saya. Akan rasa pedih tak bila pakai bawah mata?

Retinol adalah bahan anti aging yang paling berkesan dan telah terbukti secara saintifik. Satu botol NK serum ini sudah boleh meliputi satu wajah termasuk bahagian mata dan tidak memerlukan bermacam jenis retinol dan hanya sapu dengan nipis di sekeliling mata. Pakar dermatologi ada mengatakan bahawa retinol lebih berkesan dijadikan krim mata jauh lebih baik berbanding botox.

Perlu diingatkan bahawa bukan sebarang retinol yang kita boleh letak pada bawah mata, jika ianya membawa kesan- kesan seperti gatal dan kemerahan kerana retinol itu sendiri adalah keras dan tinggi nilainya pada kulit. NK Serum adalah selamat digunakan di sekeliling mata.

54. Kenapa jeragat yang semakin pudar, tiba-tiba menjadi gelap semula selepas memakai serum selama seminggu?

Jeragat tampak makin gelap ialah kerana kulit yang telah menjadi semakin cerah. Bukan kerana jeragat menjadi lebih gelap. Kulit lebih cerah kerana kesan selepas pemakaian serum. Kerana fungsi retinol serum kami juga boleh mencerahkan kulit dam menjadikan tona kulit lebih sekata
Akan tetapi, kulit memang perlu sentiasa di lindungi dari tumbuh jeragat yang baru, atau mengelakkan jeragat sedia ada menjadi lebih teruk dengan cara memakai sunscreen secara konsisten. Perlu diingatkan untuk sentiasa re-apply sunscreen.

55. Apa kebaikan NK Age-Reverse Serum berbanding serum-serum jenama yang lain?

Terdapat 5 kebaiakan NK Age-Reverse Serum yang wajib pengguna tahu dan cuba. Antaranya ialah;

  1. Mempunyai penyerapan optimum.
    – Penyerapan optimum melibatkan pembebasan bahan aktif yang bersaiz nano iaitu encapsulated retinol dan hyaluronate asid secara berkesan kedalam kulit.
  2. Gabungan tiga formulasi (Retinol, BeauT-Complex™ dan herba Cynanchum)
    – Simbiosis ketiga-tiga formulasi ini mengahsilkan tindak balas dan penyerapan maksimum dan optimum ke dalam kulit.
  3. Ringan dan tidak merengsa
    – Kandungan retinol yang sangat mild serta tambahan herba cynanchum ini menjadikan kulit muka tidak merengsa dan semua jenis kulit boleh menggunakannya.
    – NK serum ini akan seimbangkan air dan sebum di kulit muka dan serum ini boleh digunakan pada waktu pagi (dengan tambahan pemakaian NK Sunscreen) serta pada waktu malam.
  4. Terbukti secara klinikal mengurangkan garis halus dan kedutan
    – Kulit akan bertambah lembab, keanjalan kulit jelas dirasai dan juga tekstur kulit yang tampak lebih cantik dan halus,
  5. Keserian wajah meningkat.
    – Dalam masa seminggu akan dapati wajah semakin lembut dan berseri.
    – Ini telah terbukti secara klinikal di mana 95% responden yang telah menggunakan trial serum ini mendapati kulit mereka lembut dan lebih sihat.

NK AGE-REVERSE SCRUB

56. Bagaiamna cara yang betul menggunakan NK Age-Reverse Scrub?

Picitkan Scrub di tapak tangan kemudian sapukan scrub pada kulit muka yang lembab, urut perlahan-lahan dengan gerakan membulat dan bilas. Ikuti dengan NK Age-Reverse Cleanser. Gunakan dua kali seminggu.

TWO-WAY CAKE 

57. Apakah jenis kulit yang sesuai untuk dua jenis warna bedak two-way cake; Natural beige (code 02) dan Fair DNA (code 01)?

Bedak Fair DNA (code 01) sesuai untuk orang berkulit cerah, manakala Natural Beige (02) sesuai untuk orang berkulit sawo matang atau yang agak gelap (tanned).

58. Bawah mata saya terasa gatal dan pedih apabila memakai bedak Two Way Cake.

Kurang daripada 1% pengguna akan mengalami tidak selesa apabila menggunakan mana-mana produk NK Age-Reverse. Boleh elakkan menggunakan bedak di bawah mata, dan biarkan kulit serasi dahulu kerana kulit sensitif memerlukan sedikir masa untuk serasi.

59. Boleh cadangkan foundation yang boleh digunakan? Muka saya berjeragat teruk, jika tidak pakai foundation akan nampak teruk sangat.

Bedak two-way cake NK adalah sedia mengandungi foundation. Sekiranya ingin coverage yang lebih tebal, boleh membasahkan sponge dahulu (menggunakan cara wet). Bedak yang dipakai dengan cara wet akan memberi efek seperti memakai foundation.