Sale!

NK Age-Reverse Sunscreen (30ML)

RM169.00

Kebaikkan NK Age-Reverse Sunscreen:

  • Memantulkan sinaran UVA & UVB
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Berspektrum luas iaitu 35 PA++
  • Ringan + cepat meresap + tidak melekit
  • Pelindung matahari fizikal (physical UV filters), diiktiraf COSMOS yang selamat pada kulit, juga alam sekitar.
  • Formulasi bebas minyak
Category:

Reviews

There are no reviews yet.

Write a review

Description

Penapis UV Fizikal

Age Reverse Sunscreen ialah pelindung matahari asas fizikal yang menggunakan Zinc Oxide (ZnO) dan Titanium Dioxide (TiO2) sebagai penapis UV. Bahan yang digunakan tidak meresap ke dalam kulit, jadi ia lebih selamat daripada Penapis UV berasaskan kimia.

Formula Anti Penuaan

Ini adalah ciri yang sangat jarang berlaku pada mana-mana pelindung matahari. Age-Reverse Sunscreen digabungkan dengan formula anti-penuaan; BeuT-Complex™ yang diiktiraf sebagai salah satu formula penjagaan kulit terbaik di dunia (35 anugerah antarabangsa)

Nilai & Ciri Produk

ANUGERAH DAN PENCAPAIAN

Kami sentiasa teruja apabila kualiti dan keberkesanan produk kami diiktiraf sebagai yang terbaik dalam industri penjagaan kulit.

HASIL KAJIAN & PENYELIDIKAN

Pusat R&D NK mempunyai penyelidik terbaik, meletakkan asas untuk produk penjagaan kulit.

BAHAN SEMULAJADI

Produk NK Age-Reverse berjaya diformulasikan dengan peratusan purata bahan yang diperoleh secara semulajadi melebihi 85%.

TIDAK BERTOKSIK

Produk NK diperbuat daripada bahan yang dipilih dengan teliti yang lulus analisis dan mematuhi piawaian keselamatan.

FORMULASI ASAL

Pasukan R&D NK berazam untuk menggunakan pengetahuan mereka untuk mencipta formula asal produk penjagaan kulit Age-Reverse.

FORMULASI YANG DIUJI

Formulasi NK Age-Reverse telah diuji oleh badan yang dipercayai seperti SIRIM untuk mengesahkan kualiti dan keberkesanannya.

Bahan-bahan

BAHAN AKTIF: Nano-Retinol terkapsul, ekstrak bunga Hibiscus sabdariffa (Roselle), Camellia japonica (Tsubaki), Paeonia albiflora (Peony), asid hyaluronik (molekul berat dan molekul ringan) dan ekstrak herba semula jadi (Cynanchum Atratum).

Cara Penggunaan

  • Di gunakan selepas pemakaian Energy Water Mist.
  • Letakkan 1-2 pam serum sebesar kacang pea ke hujung jari.
  • Ratakan ke keseluruhan wajah.
  • Urut kulit dengan lembut agar serum lebih mudah meresap.
  • Guna 2 kali sehari, pagi dan malam untuk hasil yang optimum.
  • Sekiranya guna pada siang hari, WAJIB memakai pelindung matahari (sunscreen).

Soalan Lazim

1.Saya pernah terbaca satu artikel di mana retinol tidak bagus untuk ibu yang menyusu serta wanita hamil. Adakah NK serum selamat digunakan bagi mereka yang menyusu dan hamil?

Boleh dan selamat digunakan kerana serum ini tidak masuk sampai ke sel darah. Kajian menunjukan bahawa toleransi vitamin A untuk wanita hamil setiap hari adalah sehingga 10,000UI. NK Serum menggunakan Vitamin A 2500UI/g. Dikatakan satu hari kita menggunakan kira-kira 0.3g serum, ia bersamaan dengan 750UI/g VA. Dan kadar penyerapan maksimum produk topikal 20%, hanya 150UI VA yang diserap ke dalam badan dan akan dimetabolismekan oleh sel dermis dalam masa sehari. Untuk makluman peratusan retinol di dalam serum adalah hanya 0.1% sahaja dan ianya tidak cukup untuk membahayakan janin.

2.Mengapa setiap kali saya gunakan NK Serum kulit muka saya jadi pedih dan rasa tidak selesa?

Bagi sesiapa yang mempunyai kulit yang sensitif dan kulit kering ini adalah perkara yang biasa dialami apabila menggunakan serum retinol ini. Mereka akan dapati kulit menjadi kemerahan sedikit, meneglupas dan merasa rengsa. NK Serum menggunakan retinol yang sangat mild dan menggunakan herba cynanchum bagi mengurangkan rasa yang tidak selesa ini. Cara yang paling berkesan adalah, pengguna perlu prep muka terlebih dahulu dengan Energy water mist sebelum menggunakan serum ini. Biarkan energy water mist kering dahulu, kemudian sapukan serum ini diseluruh wajah. Jika kulit merasa pedih dan kemerah-merahan pengguna boleh berselang-seli atau pakai secara nipis dalam pemakaian serum ini mengikut keselesaan sehingga kulit muka pulih kembali.

3.Anak saya boleh pakai serum ini ? Seawal umur berapa boleh guna serum ini?

Seawal 11 tahun sudah boleh menggunakan produk-produk NK kerana produk ini adalah berasaskan bahan natural dan selamat digunakan.

4.Berapa lama serum ini tahan digunakan?

Jika digunakan serum ini secara konsisten, serum ini boleh bertahan sehingga 3 hingga 4 bulan.

5.Boleh pakai serum ini dibawah mata? Terdapat garis halus diabawah mata saya. Akan rasa pedih tak bila pakai bawah mata?

Retinol adalah bahan anti aging yang paling berkesan dan telah terbukti secara saintifik. Satu botol NK serum ini sudah boleh meliputi satu wajah termasuk bahagian mata dan tidak memerlukan bermacam jenis retinol dan hanya sapu dengan nipis di sekeliling mata. Pakar dermatologi ada mengatakan bahawa retinol lebih berkesan dijadikan krim mata jauh lebih baik berbanding botox. Perlu diingatkan bahawa bukan sebarang retinol yang kita boleh letak pada bawah mata, jika ianya membawa kesan- kesan seperti gatal dan kemerahan kerana retinol itu sendiri adalah keras dan tinggi nilainya pada kulit. NK Serum adalah selamat digunakan disekeliling mata.

6.Kenapa jeragat yang semakin pudar, tiba-tiba menjadi gelap semula selepas memakai  serum selama seminggu?

Jeragat tampak makin gelap ialah kerana kulit yang telah menjadi semakin cerah. Bukan kerana jeragat menjadi lebih gelap. Kulit lebih cerah kerana kesan selepas pemakaian serum. Kerana fungsi retinol serum kami juga boleh mencerahkan kulit dam menjadikan tona kulit lebih sekata. Akan tetapi, kulit memang perlu sentiasa di lindungi dari tumbuh jeragat yang baru, atau mengelakkan jeragat sedia ada menjadi lebih teruk dengan cara memakai sunscreen secara konsisten. Perlu diingatkan untuk sentiasa re-apply sunscreen.

7.Apa kebaikan NK Serum berbanding serum-serum jenama yang lain?

Terdapat 5 kebaikan NK serum yang wajib pengguna tahu dan cuba. Antaranya ialah ;

i.Mempunyai penyerapan optimum.

    • Penyerapan optimum melibatkan pembebasan bahan aktif yang bersaiz nano iaitu encapsulated retinol dan hyaluronate acid secara berkesan kedalam kulit.

ii.Gabungan tiga formulasi (Retinol, BeauT-Complex™ dan herba Cynanchum)

    • Simbiosis ketiga-tiga formulasi ini mengahsilkan tindak balas dan penyerapan maksimum dan optimum ke dalam kulit.

iii.Ringan dan tidak merengsa

    • Kandungan retinol yang sangat mild serta tambahan herba cynanchum ini menjadikan kulit muka tidak merengsa dan semua jenis kulit boleh menggunakannya.
    • NK serum ini akan seimbangkan air dan sebum di kulit muka dan serum ini boleh digunakan pada waktu pagi (dengan tambahan pemakaian NK Sunscreen) serta pada waktu malam.

iv.Terbukti secara klinikal mengurangkan garis halus dan kedutan

    • Kulit akan bertambah lembab, keanjalan kulit jelas dirasai dan juga tekstur kulit yang tampak lebih cantik dan halus,

v.Keserian wajah meningkat.

    • Dalam masa seminggu akan dapati wajah semakin lembut dan berseri.
    • Ini telah terbukti secara klinikal di mana 95% responden yang telah menggunakan trial serum ini mendapati kulit mereka lembut dan lebih sihat.